Selamat Datang Ke Website Rasmi Amnelife Global Marketing

Kenali Amnelife

Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya syarikat AMNELIFE GLOBAL MARKETING telah ditubuhkan dan merupakan sebuah lagi syarikat dibawah AG GROUP yang beroperasi di Sungai Petani Kedah.
Dahulunya dikenali sebagai Syarikat Amne Edar Marketing. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2010 sehingga sekarang. Pengasasnya En Azhar bin Ahmad dibantu oleh Pn Noraizan Mohd Noor yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam bidang pemasaran produk-produk makanan kesihatan, kecantikan dan sistem dokumentasi pengilangan. Melihat bahawa produk kesihatan dan kecantikan menjadi satu permintaan yang amat tinggi di Malaysia, syarikat telah mengambil proaktif tindakan dan telah berjaya menghasilkan beberapa produk kesihatan dan kecantikan atas jenama AMNELIFE.

Detik sejarah 11-11-2011 produk AMNELIFE telah berjaya di lancarkan. Dengan sokongan agen dan stokis di seluruh malaysia, produk AMNELIFE mula mendapat sambutan oleh para pengguna di Malaysia dengan menggunakan pelan pemasaran E-TRADING yang pertama di Malaysia. AMNELIFE GLOBAL berharap produk jenama AMNELIFE dapat melebarkan pasaran ke luar negara insyaallah.
Akhir kata, kami komited untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi setaraf produk antarabangsa dan menyediakan platform untuk usahawan-usahawan untuk bersama-sama menambah pendapatan disamping berkongsi kebaikan produk kepada lebih ramai orang. Marilah kita sama-sama bersangka baik dan berdoa disamping bersyukur agar kita dilimpahkan rezeki dan juga berjaya didunia dan akhirat.

De'Tox Fibre

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksik, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Setiap hari kita makan dan makanan melalui usus besar kita. Dan akhirnya lebihan makanan yang diserap tersebut akan menjadi bahan buangan.

Malangnya, tidak semua bahan buangan tersebut dapat dibuang. Ia melekat di dinding usus tersebut. Akibatnya sel-sel yang menyerap nutrisi tersebut tersumbat dan organ badan tidak mendapat bekalan nutrisi tersebut.Tahukah anda bahawa usus yg kotor boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika datang haid.

Kebaikan Nyah-TOKSIK dari badan :
1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas.
2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat.
3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak.
4. Pembuangan air besar yang kerap.
5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik.
6. Kulit yang lebih cerah dan sihat.
7. Badan yang lebih langsing.
8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

5 Keistimewaan De`tox Fibre Amnelife :
1. Boleh diambil oleh ibu-ibu semasa hamil dan dalam pantang.
2. Boleh diambil semasa bulan puasa kerana ianya memberi tenaga dan stamina.
3. Boleh diambil ketika perut kosong (sesiapa yang ada gastrik boleh amalkan).
4. Boleh diambil oleh pengidap kencing manis kerana ianya menggunakan pemanis gula asli Stevia.
5. Boleh diambil oleh kanak-kanak berusia 7 tahun keatas tetapi perlu kurangkan dos.

Giovane

- Memutih, mencerahkan kulit dan glowing.
- Melembut, menegangkan dang menganjalkan.
- Membantu masalah pigmentasi, jeragat dan kulit kusam.
- Sekata tona kulit dan kecilkan pori-pori.
- Anti-oksidan dan melambatkan penuaan.
- Merawat masalah jerawat dan parut jerawat.
- Mengurangkan masalah rambut gugur dan tumit pecah.
- Menguatkan kuku, tulang rawan dan sendi.
- Membantu masalah resdung, migrain, stress dan kelesuan.
- Melancarkan peredaran darah dan membantu insomnia.
- Mengurangkan risiko sakit jantung, diabetis, gout dan batu hempedu.
- Memelihara kesihatan mata.
- Membantu menstabilkan hormon wanita.

Ramuan Di dalam Giovane :
1. Mixberries

Kaya dengan Xanthones yang membantu meningkatkan sistem imunisasi.
2. Apple Stem Cell
Membaik pulih dan mengaktifkan semula sel-sel dalam badan.
3. Marine Colagen
Membaiki, menganjal dan melembutkan kulit.
4. Ubi Sengkuang
Mengawal paras gula, membantu penyerapan nutrisi dalam badan.
5. Tomato
Membantu menghalang ketumbuhan, kanser dan melambatkan penuaan.
6. Madu
Anti bakteria, mencegah sakit jantung, ulser dan batuk.

Teh Aroma

Kajian terbaru dari 'Food and Nutrition Research Institue' dari Jabatan Sains dan Teknologi (DOST) menyatakan setiap 100 grams serai yang direbus mengandungi lebih dari 24.205 micrograms beta karotin. Beta Karotin merupakan salah satu komponan anti oksidan yang kuat dan mampu mencegah kanser.
Lemon merupakan sumber yang terbaik bagi vitamin C, sejenis nutrien yang penting di mana ia dikaitkan dengan kesihatan imun. Hakikatnya, terdapat persamaan antara kandungan vitamin C dalam lemon dan Oren. Bukan itu sahaja, buah lemon juga kaya dengan antioksidan yang dapat membantu melawan keradangan dan memperbaiki keimunan.
Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama di dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan.

Teh Pracampuran Ekstrak Serai, Serbuk Lemon dan Madu Kelulut.
Kebaikan Teh Aroma Amnelife :

1. Membuang angin dan bantu penghadaman.
2. Membantu melawan kanser.
3. Mengawal kandungan kolestrol.
4. Sebagai detox dan membuang toksin.
5. Menghilangkan selsema dan demam.
6. Menyihatkan kulit.
7. Mengurangkan sakit sendi.
8. Baik untuk dalaman wanita.
9. Menghilangkan bau badan.
10.Aromaterapi dan melawan stress.

Stevia

Stevia adalah pemanis semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan. Stevia adalah berasal dari keluarga bunga matahari ataupun nama saintifiknya Astereacea. Stevia yang digunakan sebagai pemanis gula semulajadi adalah Stevia daripada species Stevia Rebaudiana.
Ekstrak Stevia adalah komponen yang telah diasingkan daripada daun stevia yang akan digunakan sebagai bahan pemanis. Bahan yang bertanggungjawab memberikan kemanisan pada daun Stevia adalah Steviol Glycoside. Steviol Glycoside ini mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.

Ekstrak Stevia, Air Zamzam, Propolis dan Safron.
100% Tanpa Kalori!
300 Kali Lebih Manis Dari Gula!!

Kebaikan Stevia Amnelife :

1. Pengganti gula putih.
2. Mencegah dan merawat kencing manis.
3. Mestabilkan tekanan darah tinggi.
4. Meningkatkan sistem imun dalam badan.
5. Membantu sistem penghadaman.

E-Nice

Hubungi Kami

Amnelife Global Marketing

  • +60139899973
  • amnelifehq769@gmail.com
  • SP Plaza, Sungai Petani, Kedah

Informasi

Dapatkan maklumat terkini Amnelife dari agen-agen serta center berdaftar. Amnelife tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Whatsapp

Pengguna boleh terus menghubungi Amnelife menggunakan sistem Whatsapp syarikat. Tekan ikon Whatsapp di bawah dan anda boleh menaip sebarang persoalan atau apa saja di dalam Whatsapp Amnelife.

Whatsapp 1


Whatsapp 2

© 2015 Amnelife. Hakcipta Terpelihara | Rekabentuk oleh Z ProWeb